Monday, August 15, 2011

kecik kecik dolu!

assalamualaikum! apa khabar semua?!

teruja sungguh saudari ya?! ya saya sangat teruja.. sebab hujan hujan ni kene teruja lebih sikit.. kalau x kesejukan nanti.. dan disebabkan keterujaan inilah.. cewah ayat nat power je brader.. hee.. tetiba sahaja baiti teringatkan kisah silam.. haha.. kisah silam tersebut menusuk hingga ke kalbu.. hee..

kisah silam ini bermula dari baiti berumur hmm lebih kurang 8 or 9 tahun macam tu la.. waktu waktu umur macam ni biasanya perempuan da baligh kan.. or lebih specific da ade rase malu yang tahap shy shy cat.. kan kan? tapi baiti belum lagi lah! kenapa pula ye? meh mari kita dengar ceritanya..

masa umur macam ni biasanye la kan budak budak perempuan akan duduk dekat rumah dan belajar memasak dengan ibu masing masing.. macam sorang ni yang merangkap jiran sebelah rumah baiti.. name die nik farina aishah.. memang cantik lah kan.. kalau mak mentua tengok aish jatuh hati la.. belom anak anak laki dia orang tengok lagi.. hmm x tahu la jatuh ape la pulak kan.. jatuh rahang rahang mereka agaknye.. hee.. dia ni memang princess la.. duduk je dalam rumah.. tolong ibu die buat kerja, memasak lah.. macam macam la.. memang perempuan mithali.. baiti pulak buat ape?

macam biasa la.. bangun mesti la pagi pagi kan.. sekarang je x tahu nape suka sangat bangun lambat.. heee.. then sarapan, ushar tv( dulu x main la panggil ushar kan kita kata tengok tv la ^^ ).. start pukul 11 tv da jadi boring.. ape die siarkan ni.. bosan betul la.. itu lah kata kata cik baiti kita yang kecik.. then mula la teringat ikan ikan kat longkang belakang rumah yang berteriak memanggil baiti.. "mari la tangkap aku kalau mampu!" kata ikan.. heee.. then terdengar pulak teriak rakan rakan seperjuangan memanggil kroni kroni kami untuk lumba basikal.. hmmp mana boleh dorang je yang enjoy.. dengan langkah kanan baiti keluar.. terdengar pulak emak berteriak "hah nak kemana pulak tu?!".. apa lagi zoom pecut la.. nanti x boleh keluar.. ^^

dari lumba basikal baiti ke pertandingan tangkap ikan.. lepas tu lawan siapa dapat menyelam paling lame.. sampai la pukul 5 petang.. lepas tu macam biasa la brader.. main baling selipar ka, lumba lari ka.. yang pasti yang lasak lasak la beb.. apa barang main lompat getah.. eiiyuw feminim nye! haha.. itulah baiti.. paling best sekali korang penah main ape? kalau baiti mestilah besbol! tu memang top la kat sini.. baiti ni boleh dikatakan penah cuba semua posisi tau.. baling bola, pukul bola, tangkap bola? ala benda kacang la beb.. orang semua gigit jari tau dengan kehebatan baiti.. (ceh berlagak betol minah ni padahal lari sekejap da semput, okayh tipu ! ) siapa x nak amek gua jadi geng die? cer cita?! gua top list la antara 3 orang pertama di choose.. dari pukul sampai ke lari gua no hal punya.. hee..

sampai umur baiti form 4 baiti still main besbol tau.. tapi bila da besar sikit nih da x ade la tangkap ikan or main selam selam ni.. hee.. bukan malu tapi geng da x ade.. korang korang pulak macam mane zaman membesar? happening x macam baiti? ^^

deathnote ; tapi kalau kita tengok la budak budak zaman sekarang.. hmm keluar peluh sikit dia orang cakap euyuw peluh! macam makhluk asing je peluh tu.. aish memang x fun la dorang ni.. lagi satu kalau boleh nak duduk depan tv berjam jam tengok kartun.. x pon main ps3.. pergh x awesome langsung! pastu statistik budak budak obesiti pon meningkat.. hmm hmm x sihat betoi.. baiti cakap macam ni sebab adik adik baiti pon macam tu.. hmm xtau nak cakap apo lagik.. ^^


justeru itu penuhi lah hidup anda dengan aktiviti aktiviti yang sihat lagi adventure! yihaaa!

No comments:

Post a Comment